Home > Newsroom > Press Releases








Uni.Asia Sasar Pencapaian Terbaik

11 January 2006:
Tahun 2006 diramalkan menjanjikan pertumbuhan yang mampan kepada industri insurans tempatan terutamanya insurans am. Insurans kesihatan dan perubatan bakal menjadi tumpuan utama kerana meningkatnya kesedaran ramai.

Menyedari perkembangan itu, Uni.Asia General Insurans (Uni.Asia), anak syarikat usahasama antara DRB-Hicom dan UOB, mahu menjadi lebih agresif dengan memperkenalkan produk baru dan alternatif.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Uni.Asia, Hashim Harun menyasarkan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam bankansurans setelah menjadi penyumbang utama kewangan.

"Kami mahu menjadi salah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia," kata beliau apabila mengulas tumpuan masa depan syarikat itu.

Apakah yang dijangkakan oleh Uni.Asia dan industri insurans am tentang prospek tahun ini? Industri insurans am mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.2 peratus untuk premium kasar iaitu sebanyak RM 8.09 bilion pada suku ketiga tahun 2005 berbanding pertumbuhan sebanyak 1.8 peratus pada suku yang sama tahun 2004.

Pertumbuhan ini dijana oleh prestasi ekonomi negara yang positif untuk tahun semasa, kekuatan perniagaan di dalam industri dalam insurans, pengenalan lebih banyak saluran perniagaan seperti bankansurans dan pemasaran terus serta penggunaan teknologi maklumat yang lebih meluas.

Apakah rancangan yang disediakan Syarikat pada tahun ini? Bagi tahun ini, Uni.Asia mempunyai perancangan iaitu;

- Memfokus ke arah meningkatkan keuntungan Syarikat dan menjadikan Uni.Asia sebagai salah satu syarikat insurans yang terkemuka dia Malaysia.

- Memperkenalkan produk-produk insurans yang baru dan inovatif selaras dengan keperluan pelanggan.

- Meningkatkan dan memperkukuhkan nama Uni.Asia bagi menghadapi persaingan lebih hebat di dalam industri insurans di Malaysia.

Syarikat juga menitikberatkan perkhidmatan pelanggan terbaik untuk kepuasan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Uni.Asia melalui 29 buah cawangan yang terletak di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Uni.Asia juga akan terus menumpukan perhatian kepada saluran perniagaan lain seperti agensi insurans, pemegang francais dan juga melalui saluran bankansurans.

Saluran bankansurans adalah penyumbang utama kepada kekuatan kewangan Uni.Asia melalui gandingan 157 buah cawangan EON Bank dan UOB Bank di seluruh Malaysia yang mampu memberi perkhidmatan kepada lebih sejuta pelanggan.

Pelbagai produk insurans yang disediakan khas untuk pelanggan bank seperti Uni.Cargo, Biz Insure dan pakej kemalangan diri istimewa. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006, Uni.Asia menjangkakan pertumbuhan yang lebih agresif dari segmen bankasurans.

Sejauh mana ia mampu dicapai?
Kami menjangkan perancangan ini boleh dicapai tanpa berlakunya sebarang keadaan yang diluar dugaan dan pemulihan ekonomi sejagat berterusan. Pada masa yang sama ekonomi Malaysia terus mencatatkan tahap pertumbuhan yang baik.