Home > Products > Product Listing > Motor Insurance

English | Bahasa Malaysia

Pelan Nilai Yang Dipersetujui (“AVP”) adalah satu pelan insuran kenderaan persendirian komprehensif yang direka secara khusus untuk melindung pemegang polisi daripada kesulitan kewangan yang disebabkan oleh kenderaan anda dicuri atau musnah sama sekali.

CIRI-CIRI
  • Pampasan Berdasarkan Nilai Diinsuranskan Bukan Nilai Pasaran. Amalan biasa dalam industri insurans untuk tuntutan bagi kecurian atau kerugian penuh ialah membayar pampasan mengikut nilai pasaran kenderaan pada masa kerugian, atau jumlah diinsuranskan dalam polisi, mengikut yang mana lebih rendah. Dengan AVP, jika kenderaan anda dicuri atau musnah sama sekali, kami akan membayar anda amaun yang dipersetujui sebagaimana yang tercatat di dalam Jadual polisi.
KELAYAKAN
  • Pemilik kenderaan dan pemandu rasmi mereka – sesiapa yang tinggal di Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Kenderaan Persendirian (Proton dan Perodua) tidak melebihi tujuh tahun.
CARUMAN PREMIUM
  • Caruman premium untuk Pelan Nilai Yang Dipersetujui adalah berdasarkan 95% daripada jumlah yang diinsuranskan tahun sebelumnya.
Contoh: Berdasarkan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM100,000.00 dan tahun pembuatan kenderaan pada tahun 2010.

Tahun

Dasar
* Nilai Yang Diinsuranskan/
Nilai Yang Dipersetujui
Nilai Pasaran Terdekat ‘000
<1
-
RM100,000.00
RM100,000.00
<2
RM100,000.00 X 95%
RM95,000.00
RM95,000.00
<3
RM95,000.00 X 95%
RM90,250.00
RM91,000.00
<4
RM91,000.00 X 95%
RM86,450.00
RM87,000.00
<5
RM87,000.00 X 95%
RM82,650.00
RM83,000.00
<6
RM83,000.00 X 95%
RM78,850.00
RM79,000.00
<7
RM79,000.00 X 95%
RM75,050.00
RM75,000.00

Jaduah Perbandingan (Nilai Yang Dipersetujui VS Nilai Pasaran)
Jenis Pelan Motor
Kenderaan Persendirian Komprehensif
(Berdasarkan AVP)
Kenderaan Persendirian Komprehensif
(Berdasarkan Nilai Pasaran)
Tarikh Pendaftaran Kenderaan
01.01.10
01.01.10
Tarikh Kerugian/ Kehilangan
31.08.10
31.08.10
Nilai Pasaran Semasa Kehilangan
RM80,000.00
RM80,000.00
Pengembalian
RM100,000.00
RM80,000.00

*Jumlah diinsuranskan minimal untuk polisi ini ialah RM8,000.00 dan jumlah maksimum ialah RM100,000.00.

PREMIUM TAHUNAN
  • Jumlah premium yang anda perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada faedah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan keperluan pengunderaitan syarikat kami.
  • Tawaran ini tidak termasuk duti setem. Sila tambahkan RM10.00 sebagai duti setem atas premium anda.

PENGECUALIAN
  • Jika pemandu tidak memegang lesen memandu yang sah untuk memandu kenderaan atau tidak layak untuk memegang atau mendapat lesen memandu yang sah di bawah peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
  • Apabila kenderaan digunakan untuk aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang sebagai pengangkutan umum tidak berlesen.
  • Jika kenderaan digunakan untuk disewa, lumba, rali jalan jaya, penentuan rentak, pengujian laju atau penggunaan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan motor.
  • Liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan anda.
  • Perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti perang, dahagi, perang saudara, pemberontakan, revolusi, penentangan, konspirasi, rampasan kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau keadaan pengepungan, kuarantin atau peraturan kastam.
  • Jenayah atau ancaman keganasan.
  • Jangkitan bakteria, bunuh diri atau apa-apa percubaan berbuat demikian, rawatan perubatan atau pembedahan sedia ada, kecacatan mental atau keuzuran, Virus Keimunodefisienan Manusia dan apa-apa penyakit yang berkaitan dengan HIV termasuk Sindrom Kurang Daya Tahan.
  • Pengaruh minuman keras yang memabukkan, alkohol atau dadah.
NOTIS PENTING KEPADA BAKAL PEMILIK POLISI
  • Sila ambil perhatian bahawa pengecualian, batasan, terma dan syarat yang disenaraikan di atas adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Polisi yang asal untuk maklumat penuh.
Download here
 
 
< Back