Home > Products > Product Listing > Motor Insurance

English | Bahasa Malaysia

Insurans Kenderaan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (“TPFT”) adalah satu pelan yang menawarkan perlindungan terhadap kerosakan, akibat kebakaran dan kecurian pada kenderaan anda, dan kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan anda kepada harta pihak ketiga.

CIRI-CIRI
  • Murah. TPFT adalah lebih murah daripada insurans kenderaan komprehensif.
  • Pilihan Bayaran yang Fleksibel. Anda boleh memilih untuk membayar premium insurans Kenderaan TPFT anda setiap tahun dengan wang tunai, cek atau kad kredit.
  • Perlindungan terhadap Kebakaran dan Kecurian. Jika kenderaan anda hilang atau rosak kerana kebakaran, kami akan membayar sehingga RM20,000.00 untuk memperbaikinya.
  • Perlindungan Liabiliti. Jika anda menyebabkan kecederaan badan atau kematian pihak ketiga (kecuali penumpang di dalam kenderaan anda) atau kerosakan harta pihak ketiga, seperti kenderaan, bangunan atau pagar semasa kemalangan motor, kami akan membayar kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan anda dan kami juga akan membayar segala kos undang-undang.
KELAYAKAN
  • Pemilik kenderaan dan pemandu rasmi mereka – sesiapa yang tinggal di Malaysia berumur di antara 18 hingga 70 tahun dan mempunyai lesen memandu yang sah.
JADUAL FAEDAH

Butir
Faedah-faedah
Jumlah Diinsuranskan* (RM)
1.
Liabiliti  
i) Ke atas kecederaan badan atau kematian pihak ketiga
Tiada had
ii) Ke atas kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga
Had maksimum RM3 juta
2.
Kerugian or Kerosakan
i) Kenderaan anda yang disebabkan oleh kebakaran, letupan, kilat, rompakan, pecah masuk atau kecurian.
Jumlah yang diinsuranskan atau harga pasaran sehingga had maksimum RM20,000.00 (yang mana lebih rendah)

* Jumlah diinsuranskan minimal untuk polisi Kenderaan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian bagi Kenderaan Persendirian ialah RM10,000.00 sehingga had maksimum RM20,000.00.

PREMIUM TAHUNAN

  • Jumlah premium yang anda perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada faedah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan keperluan pengunderaitan syarikat kami.
  • Tawaran ini tidak termasuk duti setem. Sila tambahkan RM10.00 sebagai duti setem atas premium anda.
PENGECUALIAN
  • Jika pemandu tidak memegang lesen memandu yang sah untuk memandu kenderaan atau tidak layak untuk memegang atau mendapat lesen memandu yang sah di bawah peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
  • Apabila kenderaan digunakan untuk aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang sebagai pengangkutan umum tidak berlesen.
  • Jika kenderaan digunakan untuk disewa, lumba, rali jalan jaya, penentuan rentak, pengujian laju atau penggunaan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan motor.
  • Kerugian seperti kerosakan akibat kemalangan terhadap kenderaan anda, kematian atau kecederaan badan pada diri anda yang disebabkan oleh kemalangan motor dan liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan anda.
  • Perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti perang, dahagi, perang saudara, pemberontakan, revolusi, penentangan, konspirasi, rampasan kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau keadaan pengepungan, kuarantin atau peraturan kastam.
  • Jenayah atau ancaman keganasan.
  • Jangkitan bakteria, bunuh diri atau apa-apa percubaan berbuat demikian, rawatan perubatan atau pembedahan sedia ada, kecacatan mental atau keuzuran, Virus Keimunodefisienan Manusia dan apa-apa penyakit yang berkaitan dengan HIV termasuk Sindrom Kurang Daya Tahan.
  • Pengaruh minuman keras yang memabukkan, alkohol atau dadah.
NOTIS PENTING KEPADA BAKAL PEMILIK POLISI
  • Sila ambil perhatian bahawa pengecualian, batasan, terma dan syarat yang disenaraikan di atas adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Polisi yang asal untuk maklumat penuh.
Download here
 
Download here
 
 
< Back