Home > Products > Product Listing > Personal Insurance







Bahasa Inggeris | Bahasa Malaysia

Rakan Pemandu Kenderaan Perdagangan adalah satu pelan insurans kemalangan diri yang menawarkan perlindungan kepada pemandu dan/atau satu kelindan, ketika memandu, menumpang, menaiki atau turun daripada kenderaan perdagangan yang berkenaan.

CIRI - CIRI
  • Mudah untuk memohon.
  • Faedah akan dibayar secara tambahan atas dasar-dasar lain.
  • Faedah akan dibayar tidak mengambilkira siapa yang bersalah.
  • Premium tahunan tetap untuk semua jenis kenderaan perdagangan.
KELAYAKAN
  1. Pemilik kenderaan perdagangan dan pemandu dan/atau kelindan rasmi mereka – sesiapa yang tinggal di Malaysia dan mempunyai lesen memandu kenderaan perdagangan yang sah.
  2. Pemandu dan/atau kelindan – sesiapa yang berumur di antara 18 hingga 70 tahun.
JADUAL FAEDAH

Butir
Faedah - faedah
Jumlah Diinsuranskan (RM)*
1.
Kematian Kemalangan
50,000 setiap orang
2.
Kehilangan Upaya Kekal
i) Kehilangan kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki
50,000 setiap orang
ii) Kehilangan penglihatan kedua-dua mata
50,000 setiap orang
iii) Kehilangan satu tangan dan satu kaki
50,000 setiap orang
iv) Kehilangan penglihatan satu mata dan satu tangan atau satu kaki
50,000 setiap orang
v) Kehilangan satu tangan atau satu kaki
25,000 setiap orang
vi) Kehilangan penglihatan satu mata
25,000 setiap orang
3.
Perbelanjaan Pembayaran Ganti Perubatan
500 setiap kemalangan

* Jumlah maksimum perlu dibayar untuk mana-mana satu tempoh insurans tidak boleh melebihi RM100,000 setiap kenderaan perdagangan.


PREMIUM TAHUNAN

Muatan Tempat Duduk (Pemandu & Satu Kelindan Sahaja)
Premium Tahunan (RM)*
2 (Maksimum)***
280

**Tawaran ini tidak termasuk duti setem. Sila tambahkan RM10 sebagai duti setem atas premium anda.
*** Tawaran ini membeli perlindungan hanya setakat dua (2) orang yang diinsuranskan (pemandu dan/atau satu kelindan, sekiranya ada) untuk setiap satu kenderaan perdagangan.


KEKECUALIAN
  • Jika pemandu sedemikian tidak memegang lesen memandu yang sah untuk memandu kenderaan perdagangan atau tidak layak untuk memegang atau mendapat lesen memandu yang sah sedemikian di bawah peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
  • Apabila kenderaan perdagangan digunakan untuk aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang sebagai pengangkutan umum tidak berlesen.
  • Jika kenderaan perdagangan digunakan untuk disewa, lumba, rali jalan jaya, penentuan rentak, pengujian laju atau penggunaan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan motor.
  • Perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti perang, dahagi, perang saudara, pemberontakan, revolusi, penentangan, konspirasi, rampasan kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau keadaan pengepungan, kuarantin atau peraturan kastam.
  • Jangkitan bacteria, bunuh diri atau apa-apa percubaan berbuat demikian, rawatan perubatan atau pembedahan sedia ada, kecacatan mental atau keuzuran, Virus Keimunodefisienan Manusia dan apa-apa penyakit yang berkaitan dengan HIV termasuk Sindrom Kurang Daya Tahan.
  • Kelahiran anak, keguguran, mengandung atau komplikasi lain.
  • Jenayah atau ancaman keganasan.
  • Pengaruh minuman keras yang memabukkan, alkohol atau dadah.
NOTIS PENTING KEPADA BAKAL PEMILIK POLISI
  • Sila ambil perhatian bahawa pengecualian, batasan, terma dan syarat yang disenaraikan di atas adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Polisi yang asal untuk maklumat penuh.
 
Muat turun
 
Muat turun
 
Muat turun
 
 
< Back