Home > Products > Product Listing > Personal Insurance







Bahasa Inggeris | Bahasa Malaysia

Rakan Pemandu 2 (“MC2”) adalah satu pelan insurans kemalangan diri yang menawarkan perlindungan kepada pemandu serta penumpang ketika memandu sebagai pemandu atau menaiki kenderaan sebagai penumpang, ketika menaiki atau turun daripada kenderaan yang berkenaan.

CIRI - CIRI
  • Mudah untuk memohon.
  • Faedah akan dibayar secara tambahan atas dasar-dasar lain.
  • Faedah akan dibayar tidak mengambilkira siapa yang bersalah.
  • Premium tahunan tetap untuk semua jenis kenderaan.
  • Penumpang-penumpang berumur 15 tahun ke bawah berhak menikmati 50% atas semua faedah-faedah.
KELAYAKAN
  • Pemilik kenderaan dan pemandu rasmi mereka – sesiapa yang tinggal di Malaysia dan mempunyai lesen memandu yang sah.
JADUAL FAEDAH

Butir
Faedah - faedah
Jumlah Diinsuranskan (RM)
1.
Kematian Kemalangan
20,000
2.
Kehilangan Upaya Kekal
i) Kehilangan kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki
20,000
ii) Kehilangan penglihatan kedua-dua mata
20,000
iii) Kehilangan satu tangan dan satu kaki
20,000
iv) Kehilangan penglihatan satu mata dan satu tangan atau satu kaki
20,000
v) Kehilangan satu tangan atau satu kaki
10,000
vi) Kehilangan penglihatan satu mata
10,000
3.
Perbelanjaan Pembayaran Ganti Perubatan
500 setiap orang setiap kemalangan

PREMIUM TAHUNAN

Muatan Tempat Duduk (Termasuk Pemandu)
Premium Tahunan (RM)*
5
120
Setiap tambahan tempat duduk
20

* Tawaran ini tidak termasuk duti setem. Sila tambahkan RM10 sebagai duti setem atas premium anda.

KEKECUALIAN
  • Jika pemandu sedemikian tidak memegang lesen memandu yang sah untuk memandu automobil atau tidak layak untuk memegang atau mendapat lesen memandu yang sah sedemikian di bawah peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
  • Apabila kenderaan digunakan untuk aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang sebagai pengangkutan umum tidak berlesen.
  • Jika kenderaan digunakan untuk disewa, lumba, rali jalan jaya, penentuan rentak, pengujian laju atau penggunaan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan motor.
  • Perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti perang, dahagi, perang saudara, pemberontakan, revolusi, penentangan, konspirasi, rampasan kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau keadaan pengepungan, kuarantin atau peraturan kastam.
  • Jangkitan bacteria, bunuh diri atau apa-apa percubaan berbuat demikian, rawatan perubatan atau pembedahan sedia ada, kecacatan mental atau keuzuran, Virus Keimunodefisienan Manusia dan apa-apa penyakit yang berkaitan dengan HIV termasuk Sindrom Kurang Daya Tahan.
  • Kelahiran anak, keguguran, mengandung atau komplikasi lain.
  • Jenayah atau ancaman keganasan.
  • Pengaruh minuman keras yang memabukkan, alkohol atau dadah.
NOTIS PENTING KEPADA BAKAL PEMILIK POLISI
  • Sila ambil perhatian bahawa pengecualian, batasan, terma dan syarat yang disenaraikan di atas adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Polisi yang asal untuk maklumat penuh.
Muat turun
 
Muat turun
 
 
< Back