| S1: |
Apakah yang dimaksudkan dengan Insurans Kembara? |
| J1: |
Insurans Kembara diperkenalkan untuk memberi perlindungan jika berlaku kerugian yang disebabkan berlakunya sesuatu yang tidak dijangka sebelum atau semasa perjalanan atau percutian. Insurans Kembara memberikan perlindungan terhadap pembatalan perjalanan dan percutian, kerosakan/kelewatan pada bagasi, gangguan perjalanan serta kelewatan, perbelanjaan kecemasan untuk kesihatan dan perubatan, pemindahan, penghantaran balik ke negara asal, kematian akibat kemalangan, perbelanjaan pengkebumian di luar negara, bantuan guaman dan banyak lagi. |
|
|
| |
|
| S2: |
Kenapa anda memerlukan pelan ini? |
| J2: |
Ketika perjalanan, samada untuk urusan perniagaan atau percutian, anda akan terdedah kepada pelbagai jenis risiko: kemalangan diri, kelewatan penerbangan/bagasi, ketinggalan penerbangan sambungan, kehilangan bagasi/paspot, hinggalah kemasukkan ke hospital di lokasi yang tidak dikenali adalah salahsatu daripada kesusahan yang biasa dihadapi oleh anda dan keluarga anda. Itulah sebabnya anda memerlukan TravelStar, insurans perjalanan komprehensif 5-bintang yang memberikan perlindungan terhadap masalah-masalah yang biasa ini serta menjaga anda dan keluarga anda daripada perkara di luar jangkaan ketika merancang perjalanan. |
|
|
| |
|
| S3: |
Apakah skop perlindungan yang ditawarkan oleh Pelan TravelStar? |
| J3: |
Pelan TravelStar memberikan perlindungan seperti di bawah:
i) Kemalangan Diri
ii) Perbelanjaan perubatan serta yang berkaitan dengannya
iii) Pemindahan perubatan kecemasan serta penghantaran balik ke negara asal
iv) Kehilangan deposit perjalanan atau pengurangan ke atas perjalanan
v) Kehilangan dokumen perjalanan, bagasi, barang-barang peribadi dan wang
vi) Liabiliti peribadi
vii) Kelambatan bagasi
viii) Pembatalan perjalanan, kelewatan atau terlebih tempahan
ix) Ketinggalan penerbangan sambunganMissed travel connection
x) Rampasan |
|
|
| |
|
| S4: |
Bilakah perlindungan insurans bermula dan untuk berapa lama? |
| J4: |
Perlindungan insurans anda akan bermula daripada tarikh anda berlepas hingga tarikh anda kembali seperti yang dinyatakan di dalam sijil polisi anda. |
|
|
| |
|
| S5: |
Bolehkah saya melakukan perjalanan tanpa dokumen? |
| J5: |
Ya, hanya nombor kad pengenalan atau nombor paspot diperlukan sebagai bukti insurans ketika perjalanan; walau bagaimanapun, kami ingin mencadangkan anda membawa bersama keratan Bantuan Kecemasan Ketika Perjalanan yang disertakan dengan nombor bantuan ketika perjalanan. Keratan ini akan diberikan berserta dengan dokumen insurans anda. |
|
|
| |
|
| S6: |
Adakah terdapat tempoh maksimum ke atas perlindungan? |
| J6: |
Ya, tempoh maksimum perlindungan untuk perjalanan sehala ialah selama 90 hari, untuk perjalanan pergi-balik ialah selama 185 hari dan untuk perlindungan tahunan ialah selama 1 tahun. |
|
|
| |
|
| S7: |
Bolehkah anda cadangkan pelan yang sesuai jika saya membuat perjalanan bersama ahli keluarga saya? |
| J7: |
Anda boleh mengambil samada pelan individu dan/atau pelan keluarga. Jika anda membeli polisi keluarga, perlindungan untuk setiap ahli keluarga akan dibahagikan daripada jumlah besar yang diinsuranskan. Untuk kes yang melibatkan tuntutan, pembayaran ganti rugi akan dibuat berdasarkan bahagian yang telah dibahagikan kepada setiap ahli keluarga dan tidak melebihi jumlah yang telah diinsuranskan. (* Nota: “Pelan Keluarga” termasuk anda dan suami/isteri anda serta kanak-kanak yang diiringi oleh anda berumur 18 tahun dan ke bawah. “Ahli Keluarga” termasuk suami/isteri anda, ibubapa, mertua, datuk/nenek, abang, kakak, anak-anak, cucu, anak angkat atau adik beradik angkat yang sah dari segi undang-undang; kesemua penghuni di dalam kawasan rumah anda.) |
|
|
| |
| KELAYAKAN |
| |
|
| S1: |
Siapakah yang layak di bawah pelan ini? |
| J1: |
Sesiapa yang tinggal di Malaysia berumur dari 1 bulan hingga 80 tahun*.
* Individu di bawah umur 18 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa. |
|
|
| |
|
| S2: |
Siapakah yang layak untuk mendapat perlindungan di bawah pelan keluarga? |
| J2: |
Ahli keluarga termasuk anda, suami/isteri anda dan kesemua anak-anak yang mengiringi anda berumur 18 tahun dan ke bawah. |
|
^ top |
| |
|
| S3: |
Bolehkah saya membeli pelan insurans untuk perjalanan sekali atau pilihan perjalanan pelbagai-cara secara tahunan? |
| J3: |
Ya, anda boleh pilih pelan perjalanan sehala, perjalanan pergi-balik atau perjalanan pelbagai-destinasi tahunan. |
| |
|
|
|
| PERKARA BERKAITAN PREMIUM & BAYARAN |
| |
|
| S1: |
Bagaimanakah pengiraan premium? |
| J1: |
Premium akan dikira berdasarkan kawasan dan tempoh masa perlindungan. |
|
|
| |
|
| S2: |
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Insurans Perjalanan yang ditawarkan oleh Uni.Asia General? |
| J2: |
Anda boleh mendapatkan pelan insurans perjalanan kami melalui saluran-saluran berikut:
• Hubungi talian bebas pengaktifan telefon kami di 1800-888-990.
• Mengisi borang permohonan dan hantarkan bersama dengan bayaran melalui ejen-ejen yang dilantik oleh kami atau secara terus kepada pejabat-pejabat cawangan kami di seluruh negara. |
|
|
| |
| PERKARA BERKAITAN PAMPASAN |
| |
|
| S1: |
Jika saya telah mendapatkan lebih daripada satu polisi insurans perjalanan, adakah saya akan menerima pampasan bagi setiap polisi yang saya miliki? |
| J1: |
Jika anda telah mendapatkan lebih daripada satu polisi insurans perjalanan, dan berlaku kematian dan ketidakupayaan, anda atau waris anda, adalah dengan itu, akan menerima pampasan untuk setiap polisi. Walau bagaimanapun, bagi kerugian yang pasti seperti perbelanjaan perubatan, di mana akan mendapat pampasan secara bayaran balik, anda akan hanya mendapat pampasan sekali sahaja untuk kerugian sebenar yang dialami. |
|
|
| |
|
| S2: |
Bolehkah saya membatalkan perjalanan di sebabkan berlakunya kecemasan? |
| J2: |
Perlindungan yang ditawarkan oleh kami ke atas pembatalan perjalanan akan membayar balik kepada anda jika anda termasuk membatalkan perjalanan disebabkan keadaan kesihatan yang berkurangan secara tibab-tiba, kecederaan badan disebabkan kemalangan, kematian atau secara kebetulan di luar kawalan anda atau keluarga anda. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dibayar balik jika anda membatalkan perjalanan disebabkan oleh keadaan kesihatan yang telah diketahui sedia ada seperti kecederaan belakang yang lama kembali terasa sakit, menukar rancangan perjalanan anda, pekerjaan yang memaksa anda berada di dalam negara, atau tidak dapat melakukan perjalanan disebabkan oleh faktor kewangan peribadi. |
|
|
| |
|
| S3: |
Kami telah membeli pakej pelancongan dari sebuah syarikat pelancongan. Apakah yang terjadi jika syarikat pelancongan tersebut muflis atau menutup perniagaan mereka? |
| J3: |
Jika syarikat pelancongan atau kapal persiaran menutup perniagaan mereka disebabkan muflis, perlindungan kami ke atas harga pakej yang telah dibeli oleh anda akan memberikan perlindungan ke atas kerugian sebenar disebabkan kegagalan mendapatkan semula deposit pembayaran atau pembayaran penuh ke atas tiket penerbangan atau pakej pelancongan. |
|
^ top |
| |
|
| S4: |
Jika saya merasa kurang sihat dan perlu berjumpa doktor atau dimasukkan ke hospital ketika berada di luar negara, apakah yang perlu saya lakukan? |
| J4: |
Anda boleh mendapatkan bantuan perubatan serta-merta. Pelan perlindungan perubatan kami akan membayar balik ke atas perbelanjaan perubatan, pembedahan, hospital dan rawatan di rumah yang ditanggung semasa berada di luar negara disebabkan oleh kecederaan yang tidak dijangka atau penyakit termasuk rawatan pergigian kecemasan. Juga, anda akan menerima elaun hospital secara tunai setiap hari sehingga RM5,000 jika anda dimasukkan ke hospital selama 24 jam atau lebih. |
|
^ top |
| |
|
| S5: |
Adakah saya akan menerima pampasan jika penerbangan yang dinaiki oleh saya dirampas atau perjalanan saya mengalami kelewatan disebabkan oleh peperangan yang berlaku di tempat tertentu? |
| J5: |
Ya, perlindungan kecemasan yang ditawarkan oleh kami melindungi anda daripada keganasan dan rampasan. Walau bagaimanapun, anda tidak akan menerima bayaran jika perjalanan anda dibatalkan atau mengalami kelewatan disebabkan oleh peperangan atau di mana terdapat kesan ejen-ejen nuklear, kimia atau biologi. |
|
|
| |
| GARIS PANDUAN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN |
| |
|
| S1: |
Apakah yang perlu dilakukan jika saya memerlukan bantuan kecemasan atau saya berada di dalam situasi kerugian/kehilangan barang? |
| J1: |
Anda boleh melakukan perkara seperti yang disenaraikan di bawah:
Menghubungi nombor talian khas bantuan perubatan dan perjalanan kecemasan di +603-7660-9199 untuk nasihat berkaitan perubatan, rujukan, pemindahan perubatan dan perkara berkaitan perjalanan seperti kehilangan paspot dan bagasi. |
| |
| i) |
Memberitahu salahsatu pihak berkuasa seperti pihak polis tempatan, hotel, syarikat pengangkutan, atau pihak berkuasa terminal. |
| ii) |
Memberitahu Uni.Asia General serta-merta atau secepat yang boleh. |
|
|
|
| |
|
| S2: |
Bagaimanakah caranya untuk membuat tuntutan? |
| J2: |
Untuk membuat tuntutan, sila beritahu Uni.Asia General serta-merta apabila anda kembali dari luar negara di nombor talian seperti berikut, di mana Eksekutif kami di Bahagian Tuntutan akan memberikan khidmat nasihat berkaitan prosedur-prosedur tuntutan: |
| |
| • |
Talian Bebas-Tol 1-800-888-990; atau |
| • |
Talian Am 03-2693-8111; atau |
| • |
Hubungi pejabat cawangan Uni.Asia General yang berdekatan; |
|
|
^ top |
| |
|
| S3: |
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan dan dihantar oleh saya atau keluarga saya? |
| J3: |
Lengkapkan dan hantar borang tuntutan kepada Uni.Asia General bersama-sama dengan dokumen-dokumen seperti yang disenaraikan di bawah: |
| |
| • |
Kes Yang Tidak Melibatkan Kematian (Perbelanjaan perubatan/Kemalangan Diri): |
| |
| i) |
Invois pengesahan tempahan oleh syarikat pelancongan |
| ii) |
Salinan tiket penerbangan |
| iii) |
Laporan perubatan |
| iv) |
Bil perubatan yang asal serta resit |
| v) |
Resit asal bagi kesemua jumlah yang dituntut untuk perjalanan tambahan serta penginapan |
| vi) |
Pengesahan kemasukkan dan keluar daripada hospital bagi tuntutan manfaat hospital |
|
| • |
Kes Yang Melibatkan Kematian: |
| |
| i) |
Invois pengesahan tempahan oleh syarikat pelancongan |
| ii) |
Salinan tiket penerbangan |
| iii) |
Salinan laporan polis, laporan perubatan, sijil kematian atau laporan post-mortem |
| iv) |
Surat pentadbiran |
|
| • |
Pembatalan: |
| |
| i) |
Invois pembatalan daripada syarikat pelancongan |
| ii) |
Laporan perubatan yang lengkap/sijil (jika berkaitan perubatan) |
| iii) |
Dokumen-dokumen sokongan yang lain |
|
| • |
Pengurangan: |
| |
| i) |
Surat pengesahan daripada doktor yang merawat yang mengesahkan bahawa pesakit perlu pulang ke negara asal |
| ii) |
Resit asal atas kesemua jumlah yang dituntut |
| iii) |
Dokumen-dokumen sokongan yang lain untuk pengurangan |
|
| • |
Kelewatan perjalanan: |
| |
Pengesahan bertulis dari syarikat penerbangan/kapal persiaran berkenaan tempoh masa kelewatan (jumlah masa) serta perkara yang menyebabkannya |
| • |
Beg persendirian/wang/dokumen perjalanan: |
| |
| i) |
Resit asal untuk kesemua barang yang dituntut & kenyataan berkenaan barang-barang tersebut jika tidak disenaraikan di dalam resit |
| ii) |
Laporan hakmilik sementara yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan yang terlibat jika bagasi hilang atau mengalami kerosakan akibat daripada kesilapan syarikat penerbangan |
| iii) |
Surat daripada syarikat penerbangan yang mengesahkan tempoh masa serta sebab-sebab kelewatan bagi tujuan tuntutan barang persendirian |
| iv) |
Laporan polis dan slip tukaran matawang asing bagi tujuan tuntutan ke atas kehilangan wang dan kecurian |
|
| • |
Terlepas penerbangan sambungan: |
| |
Pengesahan bertulis daripada syarikat penerbangan terbabit yang mengesahkan jangka masa kelewatan penerbangan dan sebab-sebabnya |
| • |
Lebihan tempahan: |
| |
Pengesahan bertulis daripada syarikat penerbangan terbabit yang mengesahkan tiket penerbangan tersebut telah terlebih tempahan |
| • |
Terlewat untuk berlepas: |
| |
| i) |
Dokumen-dokumen sokongan yang menyatakan sebab-sebab anda terlewat untuk berlepas |
| ii) |
Resit asal bagi tujuan penginapan tambahan dan perbelanjaan yang ditanggung untuk perjalanan tersebut |
|
|
|
^ top |
| |
|
| S4: |
Jika berlaku kematian, siapakah ahli keluarga saya yang boleh membuat tuntutan? |
| J4: |
Pewaris yang telah dilantik oleh anda atau pentadbir harta yang dilantik oleh anda |
|
^ top |
| |
|
| PENGECUALIAN |
| |
|
| S1: |
Adakah pelan ini memberikan perlindungan untuk aktiviti sukan atau hobi yang ekstrem? |
| J1: |
Tidak, Anda tidak akan dilindungi jika anda melibatkan diri di dalam aktiviti sukan atau hobi yang ekstrem. Jika anda ingin mengambil bahagian di dalam aktiviti sukan atau hobi yang berbahaya di mana secara amnya terdapat risiko atau kecederaan, anda tidak akan dibayar jika berlaku kemalangan akibat daripada aktiviti tersebut. |
|
^ top |
| |
|
| S2: |
Adakah pelan ini memberi perlindungan utuk kematian disebabkan kematian biasa
dan keuzuran? |
| J2: |
Tidak, pelan ini hanya memberikan perlindungan untuk kematian akibat kemalangan. |
|
^ top |
| |
|
| S3: |
Adakah pelan ini memberi perlindungan ke atas kematian atau ketidakupayaan kekal sementara akibat daripada tsunami atau bencana alam? |
| J3: |
Tidak, pelan ini tidak memberi perlindungan ke atas Tsunami, gempa bumi atau bencana alam. |
|
^ top |
| |
|
| S4: |
Adakah pelan ini mempunyai pengecualian? |
| J4: |
Ya, kerugian yang disebabkan oleh sesuatu perkara adalah dikecualikan daripada pelan ini. Berikut adalah perkara-perkara biasa yang dikecualikan daripada pelan ini: |
| |
| • |
Peperangan dan risiko yang sama |
| • |
Bahaya nuklear |
| • |
Radiasi, pencemaran oleh bahan radioaktif atau senjata nuklear |
| • |
Bunuh diri, hilang akal atau kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri |
| • |
Penggunaan alkohol atau dadah secara haram |
| • |
Keadaan kesihatan yang telah diketahui wujud |
| • |
Penyakit kelamin, AIDS atau penyakit berkaitan dengan AIDS |
| • |
Pembunuhan akibat hasutan atau serangan |
| • |
Aktiviti sukan berbahaya atau berisiko tinggi seperti perlumbaan, mendaki gunung, terjun bebas, luncur angin atau penerbangan persendirian |
| • |
Kehamilan, bersalin, pengguguran anak atau keguguran |
| • |
Kelewatan & kehilangan bagasi & harta benda persendirian disebabkan oleh rampasan atau pemusnahan barang di dalam keadaan kuarantin atau peraturan kastam |
|
| |
|
| |
(Sila rujuk kepada polisi untuk butir-butir tentang klausa pengecualian)
|
| |
|